Powered By Blogger

Halaman

Rabu, 28 April 2010

Perjalanan Menjadi Bintang (Kumpulan Iltizam)

Kami semua bagai tidak percaya bahawa kami boleh mencapai tahap begini.Kami seolah-olah bermimpi dan tidak percaya dapat mempersembahkan lakonan bukan sahaja di depan rakan-rakan atau guru tetapi di depan para pelakon yang cukup dikenali ramai.Untuk pengetahuan ramai,kami bukanlah seorang yang mempunyai pengalaman berlakon.Tambahan lagi,kami bukanlah seorang yang berani berdepan dengan khalayak ramai.

              Semuanya bermula dengan sekelip mata.Para guru Kelab Kebudayaan dan Koir SMK Tengku Mahmud Iskandar menyatakan hasratnya menganjurkan satu pertandingan Program Mencari Bintang.Program ini terbahagi dengan 5 kategori iaitu Seni Lakonan,Nasyid,Lagu Melayu Asli,Inggeris Asli dan Mandarin Asli.Saya (Irfan) dan dua rakan (Ish dan Imran) telah menyertai pertandingan Nasyid.Kami bertiga kecundang pada peringkat saringan.

             Bagaikan tidak berputus asa,kami memilih lakonan pula sebagai platform kepada kami untuk mencungkil bakat kami.Ia bermula apabila rakan saya (Luqman) mengajak kami bertiga untuk menyertai pertandingan Lakonan ini.Dia telah mendapatkan persetujuan kami bertiga lalu mendapatkan borang yang berharga RM1.Syarat untuk menggunakan maksimum empat orang untuk satu kumpulan,kami penuhi.

            Namun,pelbagai rintangan yang kami rintangi.Selepas mendapatkan borang,kami bagaikan membiarkan sahaja tarikh pertandingan Lakonan peringkat saringan kerana pada masa itu lama lagi untuk menjalani peringkat saringan.Sekali sekala kami juga membincangkan tajuk dan skrip yang perlu dibawa.
Kami bagaikan ketandusan idea untuk membincang skrip yang perlu dibawa.
                  
            Pada suatu hari,kami (Irfan,Imran dan Ish) pergi ke rumah Luqman dan membincangkan skrip yang perlu dibawa.Nyata ideanya tidak memenuhi citarasa kami.Setelah hampir ke hari pertandingan peringkat saringan,saya (Irfan) membawa usul untuk membuat satu lakonan yang bertajuk Gara-gara Judi.Idea saya diterima oleh rakan saya (Imran dan Ish),namun dibangkang Luqman.

           Kami (Irfan,Ish dan Imran) terus membuat skrip bersama.Kami mencurahkan idea yang kami ada walaupun pertandingan itu tinggal lagi 4 hari untuk berlangsung.Nyata,keserasian kami dapat menyiapkan skrip yang bermutu walaupun tidak siap sepenuhnya.Tetapi,Luqman dengan pendiriannya supaya mengikut apa yang dia rancang.Kami telah membahagikan watak mengikut skrip.Saya (Irfan) memegang watak ayah,(Ish) memegang watak anak yang derhaka dan (Imran) sebagai rakan anak yang berbangsa Mat Salleh.Kami juga memberikan Luqman sebagai Tukang Cerita namun dia menolak dengan alasan dia juga mahu berlakon.

         Malang menimpa kami apabila ayah Luqman tidak membenarkannya menyertai pertandingan berlakon ini,di saat keesokan harinya pertandingan akan dijalankan.Kami segera mendapatkan penggantinya iaitu Afif,rakan sekelas saya pada hari di mana petangnya akan dijalankan pertandingan berlakon itu.Malang sekali lagi,apabila dia pula sakit.Kami seakan berputus asa.

        Pastinya semua mesti ingin tahu apa yang terjadi selepasnya?Siapakah penggantinya?Atau tiada pengganti?
Saksikan episod seterusnya...

Sabtu, 10 April 2010

Kumpulan Iltizam (Seni Lakon)


Posted by PicasaKumpulan kami (Iltizam) telah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Mencari Bintang Kategori Seni Lakon

Jumaat, 9 April 2010

Kenangan Bergambar Bersama Artis Veteran


                     Bergambar Bersama Aman Shah,Fatimah Adan Dan Zainal Alam Kadir

Selasa, 6 April 2010

Watak-watak Kumpulan Iltizam Dan Cemerlang


Posted by Picasa*Warna berbeza mengikut kumpulan masing-masing

          

Rabu, 31 Mac 2010

Parti Pilihanku

    PARTI ISLAM SE-MALAYSIA(PAS)

Sabtu, 27 Februari 2010

Pemain Bola Yang Digemari


>Amri Yahya ialah pemain pasukan bola sepak Selangor.








                                                      ____>>>Amr! Y@#y@<<<____


Pasukan manakah yang akan menjadi juara dalam Liga Super 2010?

Cuaca di Muar